Saturday, 17 October 2015

Tepung BOKO Pandan dan Ubi Kayu ...

assalamualaikum ..


harini sye nak kongsi lg resepi dri bonda sye sndri iaitu "TEPUNG BOKO" pandan & ubi kayu ,nama yg sgt dikenali dalam masyarakat KELANTAN ."BOKO" bermaksud spt TALAM dlm bhs KELANTAN.. sedap,menarik,ringkas & lazat !




bahan-bahannya ( santan ) : -
  • santan
  • tepung beras
  • garam & gula
  • air
bahan-bahan ( pandan ) :-
  • daun pandan 
  • tepung beras
  • air kapur
  • garam & gula 
bahan-bahan ( ubi kayu ) :-
  • ubi kayu
  • gula
  • garam & gula 
  • pewarna kuning 

cara menyediakan ( sos santan ) :-
  1. sebatikan santan , tepung beras , garam ,gula , air .Biakan ia mendidih dan sos tersebut sentiasa dikacau dengan api yang sederhana sehingga sos tersebut menjadi pekat .
cara menyediakan ( pandan ) :-
  1. rebuskan air didalam pengukus dan biar ia mendidih 
  2. daun pandan dikisar dan kemudian ditapiskan untuk ambil air pandan shj .
  3. kemudian satukan air pandan yang telah ditapis bersama tepung beras, air kapur, garam dan gula  .gaul hingga sebati .
  4. setelah bahan tersebut sebati .letakkn ia didalam tempat pengukus dan kacau sentiasa sehingga nampak kenyal dan kental .
  5. setelah siap ,hidangkan talam pandan bersama sos santan 
cara menyediakan ( ubi kayu ) :-
  1. kupas ,buang urat dan potongkan ubi kayu kecil-kecil supaya senang dikisar.
  2. masukkan dalam pengisar dan kisar dengan air sehingga halus .
  3. kemudian tapiskan ubi kayu dalam bekas ,biarkan selama 15 minit .Keluarkan air jernih dari mangkuk dan ambil pati ubi kayu  dan campurkan dengan parutan ubi kayu yang ditapis.
  4. sebatikan ubi kayu tersebut bersama gula dan garam serta sedikit pewarna kuning .
  5. akhir sekali letakkan ia didalan pengukus dan kacau sentiasa sehingga nampak kenyal dan kental .
  6. setelah siap ,hidangkan talam ubi kayu bersama sos santan .

siap untuk dimakan :)




No comments:

Post a Comment