assalamualaikum ..
harini sye nak kongsi lg resepi dri bonda sye sndri iaitu "TEPUNG BOKO" pandan & ubi kayu ,nama yg sgt dikenali dalam masyarakat KELANTAN ."BOKO" bermaksud spt TALAM dlm bhs KELANTAN.. sedap,menarik,ringkas & lazat !
bahan-bahannya ( santan ) : -
- santan
- tepung beras
- garam & gula
- air
bahan-bahan ( pandan ) :-
- daun pandan
- tepung beras
- air kapur
- garam & gula
bahan-bahan ( ubi kayu ) :-
- ubi kayu
- gula
- garam & gula
- pewarna kuning
cara menyediakan ( sos santan ) :-
- sebatikan santan , tepung beras , garam ,gula , air .Biakan ia mendidih dan sos tersebut sentiasa dikacau dengan api yang sederhana sehingga sos tersebut menjadi pekat .
cara menyediakan ( pandan ) :-
- rebuskan air didalam pengukus dan biar ia mendidih
- daun pandan dikisar dan kemudian ditapiskan untuk ambil air pandan shj .
- kemudian satukan air pandan yang telah ditapis bersama tepung beras, air kapur, garam dan gula .gaul hingga sebati .
- setelah bahan tersebut sebati .letakkn ia didalam tempat pengukus dan kacau sentiasa sehingga nampak kenyal dan kental .
- setelah siap ,hidangkan talam pandan bersama sos santan
cara menyediakan ( ubi kayu ) :-
- kupas ,buang urat dan potongkan ubi kayu kecil-kecil supaya senang dikisar.
- masukkan dalam pengisar dan kisar dengan air sehingga halus .
- kemudian tapiskan ubi kayu dalam bekas ,biarkan selama 15 minit .Keluarkan air jernih dari mangkuk dan ambil pati ubi kayu dan campurkan dengan parutan ubi kayu yang ditapis.
- sebatikan ubi kayu tersebut bersama gula dan garam serta sedikit pewarna kuning .
- akhir sekali letakkan ia didalan pengukus dan kacau sentiasa sehingga nampak kenyal dan kental .
- setelah siap ,hidangkan talam ubi kayu bersama sos santan .
siap untuk dimakan :)




