Saturday, 17 October 2015

Tepung BOKO Pandan dan Ubi Kayu ...

assalamualaikum ..


harini sye nak kongsi lg resepi dri bonda sye sndri iaitu "TEPUNG BOKO" pandan & ubi kayu ,nama yg sgt dikenali dalam masyarakat KELANTAN ."BOKO" bermaksud spt TALAM dlm bhs KELANTAN.. sedap,menarik,ringkas & lazat !




bahan-bahannya ( santan ) : -
  • santan
  • tepung beras
  • garam & gula
  • air
bahan-bahan ( pandan ) :-
  • daun pandan 
  • tepung beras
  • air kapur
  • garam & gula 
bahan-bahan ( ubi kayu ) :-
  • ubi kayu
  • gula
  • garam & gula 
  • pewarna kuning 

cara menyediakan ( sos santan ) :-
  1. sebatikan santan , tepung beras , garam ,gula , air .Biakan ia mendidih dan sos tersebut sentiasa dikacau dengan api yang sederhana sehingga sos tersebut menjadi pekat .
cara menyediakan ( pandan ) :-
  1. rebuskan air didalam pengukus dan biar ia mendidih 
  2. daun pandan dikisar dan kemudian ditapiskan untuk ambil air pandan shj .
  3. kemudian satukan air pandan yang telah ditapis bersama tepung beras, air kapur, garam dan gula  .gaul hingga sebati .
  4. setelah bahan tersebut sebati .letakkn ia didalam tempat pengukus dan kacau sentiasa sehingga nampak kenyal dan kental .
  5. setelah siap ,hidangkan talam pandan bersama sos santan 
cara menyediakan ( ubi kayu ) :-
  1. kupas ,buang urat dan potongkan ubi kayu kecil-kecil supaya senang dikisar.
  2. masukkan dalam pengisar dan kisar dengan air sehingga halus .
  3. kemudian tapiskan ubi kayu dalam bekas ,biarkan selama 15 minit .Keluarkan air jernih dari mangkuk dan ambil pati ubi kayu  dan campurkan dengan parutan ubi kayu yang ditapis.
  4. sebatikan ubi kayu tersebut bersama gula dan garam serta sedikit pewarna kuning .
  5. akhir sekali letakkan ia didalan pengukus dan kacau sentiasa sehingga nampak kenyal dan kental .
  6. setelah siap ,hidangkan talam ubi kayu bersama sos santan .

siap untuk dimakan :)




Tuesday, 13 October 2015

caremal @ puding gula hangus

assalamualaikum ..

harini sye ingin berkongsi bahan dan cara untuk menyediakan caremal @ puding gula hangus .. sedap, menarik ,ringkas & cepat !!


bahan-bahan :-
  • 8 biji telur 
  • 1 tin susu pekat ( klo tak suka manis bole kurangkan)
  • 1 tin susu cair 
  • 8 sudu gula besar ( untuk gula hangus 

cara-caranya :-
  1. goreng gula dalam loyang sehingga menjadi cair dengan api perlahan .
  2. pukul telur sehingga hancur dan masukkan bahan-bahan lain dan dikacaukan sehinnga sebati. jangan kacau hingga berbuih untuk mendapat tester yang cantik dan tidak berlubang. 
  3. sendukkan adunan ke dalam loyang yang telah dibubuh gula hangus tadi. kemudian kukus selama 10-15 minit. angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  4. setelah selesai kukus ,sejukkan caremal tersebut kemudian tuangkan atau terbalikkan puding tersebut ke dalam .
  5. siap untuk dihidangkan :)




Wednesday, 7 October 2015

kek ambong...

assalamualaikum ..

kek ambong berwarna-warni ,lagi berwarna ,lagi menarik ..haaaa harini saye nk kongsi resepi kek ambong iaitu kek fav keluarge sye sndri ,rsepi turun temurun keluarge.. lain orang, lain resepi, lain rasanya, corak mengikut kreativiti sndri. 

MUDAH, CEPAT, MENARIK, SEDAPP !!! 




bahan-bahannya   :-

- 5 biji telur 
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula 
- perisa esen vanilla
- pewarna 


cara-caranya :-

-   pukul telur dan gula sehingga kembang.
- masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.kemudian masukkan perisa esen vanilla.



- bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian.letakkan pewarna mengikut kesukaan.




- kemudian masukkan dalam loyang secara selang seli.corakkan adunan dengan lidi ikut suka.
- kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga masak. 

- siap dihidangkan .

  

Thursday, 1 October 2015

Ketupat Sotong ...



bahan-bahannya :-

- beras pulut secukupnya (basuh & rendam sekejap)
- 8 ekor sotong (asingkan kepala & badan)
- santan
- 1 ketul gula melaka (potong kecil)
- 1 sudu gula pasir
- secubit garam
- daun pandan
- lidi pencungkil gigi

cara-caranya :-

- rendam beras pulut sekejap bersama santan dan sedikit garam.
- masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan   dicuci dengan bersih.
- masukkan kepala sotong ke dalam badannya & tekankan sedikit.         kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskan.
- susun dalam periuk bersama daun pandan. tuangkan santan & sedikit   garam. masak sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka.     masak sehingga agak pecah minyak. 
- siap untuk dihidangkan. sendukkan ketupat sotong bersama sedikit     kuah di dalam pinggan. 

Thursday, 24 September 2015

sira pisang...





bahan-bahannya :-

* 1 ikat pisang 
* gula secukupnya (ikut manis disukai)
* secubit garam 
* beberapa kuntum bunga cengkih
* 1 helai daun pandan (ikat simpul)
* sedikit pewarna kuning

cara-caranya :-

1) pisang dibelah 2 atau tidak belah untuk bersaiz kecil.
2) masakkan air bersama gula dan daun pandan sehingga gula hancur      dan air mendidih. masukkan sedikit garam, bunga cengkih dan          sedikit pewarna.
3) akhir sekali masukkan pisang dan masakkan ia dengan api yang        perlahan. sehingga pisang menjadi lembut dan air gula kelihatan      pekat dan berkilat.kemudian sejukkan ia dan sedia dihidangkan.


Thursday, 17 September 2015

Kueh kepek hidung...

Assalamualaikum ..Harini nk share skit masakan bonda tercinta sya , KUEH KEPEK HIDUNG ,haaaa mesti ramai yang mcm pelik je bunyi .meyh nk bgtao skit kueh ni slh stu makanan orang kelantan juga ..harini sya nk share skit bahan2 & cara utk membuat kueh tersebut ..rse sedap ,warna menarik ,PASTI buat anda tertarik ...SELAMAT MENCUBA 😉




bahan-bahan(TEPUNG) :-
1) tepung pulut 
2) secubit garam
3) air
4) pewarna 

bahan-bahan(KELAPA)
1) 1/2 biji kelapa yang diparut 
2) sedikit garam
3) sedikit air
4) 2 sudu gula pasir 
5) daun pandan

cara-caranya (KELAPA) :-
1) masukkan gula pasir, garam, kelapa dan air dalan kuali. masukkan daun pandan untuk bagi wangi.
2) kacau hingga sebati sehingga air kering.
3) sedia untuk deangkat dan disejukkan.

cara-caranya (TEPUNG) :-
1) masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk. Masukkan secubit garam dan air. Gaulkan sehingga tepung menjadi doh. Jangan lembik sangat ye dan pastikan tepung td tak melekat kat jari.
2) bahagiakn doh td dan letakkan pewarna untuk nampak lebih menarik. ambil sedikit demi sedikit  dan bulatkan. Kemudian gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk penyetkan tepung.
3) pada masa yang sama, didihkan air dalam periuk.
4) setelah selesai menggetel tepung, air pun sudah mendidih, masukkan ia ke dalam periuk.
5) tunggu sehingga tepung timbul dan terus angkat.
6) gaulkan dengan kelapa yang telah dimasakkan tadi. jangan tunggu sampai sejuk, sebab takut tak melekat dekat kelapa pulak.
7) sedia untuk dihidang.